ANALISIS KVU

Mengkaji hubungan antara kos, volum dan untung bagi tujuan perancangan dan pembuatan keputusan dalam sesebuah organisasi.


KEPENTINGAN ANALISIS KVU

1-Menentukan tahap jualan pada TPM.
2-Menentukan jualan yang diperlukan bagi mencapai sasaran untung.
3-Membuat keputusan berkaitan polisi penetapan harga.
4-Membuat keputusan berkaitan kos tetap dan strategi pemasaran.
5-Mengkaji kesan terhadap untung bila ada perubahan dalam elemen analisis KVU.



TITIK PULANG MODAL

1-Pada TPM, perniagaan tidak memperolehi untung ataupun rugi.
2-Untung adalah sifar, dimana Jumlah Hasil = Jumlah Kos
3-Kepentingannya ialah bagi menunukkan tahap minimum jualan yang perlu diperolehi oleh perniagaan supaya tidak mengalami kerugian.


KAEDAH ANALISIS KVU

1-Margin Sumbangan
2-Lakaran Graf
3-Persamaan


1-KAEDAH MARGIN SUMBANGAN

Margin Sumbangan(MS):

Lebihan hasil jualan daripada kos berubah
Jumlah yang dapat menampung kos tetap dan seterusnya
untuk mendapatkan untung bersih.


Margin sumbangan seunit (MS/U):

Lebihan harga jualan seunit ke atas kos berubah seunit.


2-Lakaran Graf




3-KAEDAH PERSAMAAN

UB = JUMLAH HASIL(JH) – JUMLAH KOS

UB = JH – (KT + KB)

= JH – KT – KB

= (UJ x Hg J)- KT – (UJ x KB/U)

UB= untung bersih
UJ= unit jualan
HgJ= Harga jualan


MARGIN KESELAMATAN (MK)

1-Perbezaan di antara jualan sebenar (atau jualan jangkaan) dengan jualan pada titik pulang modal.

2-Dapat menunjukkan sejauhmana jumlah jualan boleh menurun atau berkurang sebelum berlaku kerugian.

3-Lebih tinggi nilai MK, lebih selesa perniagaan.

4-Boleh dinyatakan dalam bentuk ringgit dan peratus.


FORMULA;

Margin Keselamatan (RM) = Jualan Sebenar/Jangkaan Jualan – Jualan pada TPM

Margin Keselamatan (%) = Margin keselamatan (RM)
------------------------------
Jualan sebenar/Jangkaan Jualan


ANALISIS SENSITIVITI

Kesan perubahan dalam harga jualan, kos berubah dan kos tetap ke atas KVU (guna kaedah margin sumbangan)

Perubahan dalam harga jualan:
- Perancangan dalam penetapan harga jualan untuk mencapai TPM atau untung sasaran.

Perubahan dalam Kos Berubah
- Perubahan dalam kos berubah akan menyebabkan margin caruman berubah.

Perubahan dalam Kos Tetap
- Mengira berapa unit yang perlu dijual oleh syarikat untuk mencapai TPM dan untung sasaran, sekiranya berlaku perubahan kos tetap.

0 comments