Agihan kos overhed kepada produk

Terdapat tiga pendekatan mengagihkan kos overhed kepada produk:

A. Kadar tunggal (plantwide). Secara tradisinya buruh langsung digunakan sebagai asas pembahagian dan ia sesuai apabila:

1. Buruh langsung merupakan bahagian yang signifikan dalam sesuatu kos produk.

2. Perbezaan antara input buruh dan input mesin tidak ketara.

3. Tiada perubahan besar dalam volum atau saiz lot.

4. Buruh langsung sangat berkait dengan kos overhed.

Kadar overhed tunggal bersamaan dengan Jumlah anggaran overhed dibahagi dengan jumlah anggaran aktiviti (DLH, DL$).

Kadar overhed tunggal

=

Jumlah anggaran overhed kilang

Jumlah aktiviti

B. Kadar overhed jabatan.

1. Bagi setiap produk yang bergerak melalui setiap proses pengeluaran, penggunaan overhed di setiap jabatan adalah mengikut kadar yang telah ditentukan bagi setiap jabatan.

2. Kadar overhed jabatan adlah bersamaan dengan anggaran overhed bagi jabatan tersebut dibahagi dengan jumlah anggaran aktiviti bagi jabatan tersebut (DLH, DL$, MH, etc.).

Kadar overhed jabatan

=

Jumlah anggaran overhed

Jumlah aktiviti


C. Activity-based costing

Keadaan di mana produk berbeza dari segi volum dan kompleksiti pengeluaran, proses pengeluaran akan dibahagikan mengikut aktiviti-aktiviti yang mempunyai hubungan. Kadar overhed boleh dinyatakan dalam bentuk aktiviti dan dikira ke atas setiap produk berasaskan bilangan aktiviti-aktiviti atau urusniaga yang diperlukan untuk menyiapkan sesuatu produk





Kaedah Pengekosan Berasaskan Aktiviti (ABC)

Kaedah ABC telah diperkenalkan oleh Kaplan dan Cooper di Harvard Business School
sebagai alternatif kepada kaedah perakaunan kos tradisional pada tahun 1984 [9].
Semenjak itu, penggunaannya mula meluas dalam bidang pembuatan dan perniagaan
terutama dalam bidang pengekosan produk. Pengiraan kos langsung seperti kos bahan,
kos buruh dan kos perbelanjaan langsung masih menggunakan kaedah yang
diamalkan dalam pengekosan tradisional. Konsep utama ABC adalah daripada segi
pengenalan kepada konsep kos pasti yang berubah berbanding dengan pengekosan
tradisional yang menganggap semua kos pasti adalah tetap dan perlu diagihkan kepada
produk berdasarkan kuantiti. Kaedah pengekosan ABC mengagihkan kos sumber
yang merangkumi kos pasti kepada kos aktiviti individu yang dikenali sebagai
kelompok kos (cost pool). Selanjutnya kos setiap aktiviti dikenakan kepada setiap produk
berdasarkan faedah yang diterima oleh setiap produk melalui pendesak kos (cost driver).
Rajah 1 menunjukkan model pelaksanaan pengekosan ABC.




















Walaupun pengiraan menggunakan kaedah ABC lebih kompleks dan memerlukan
masa yang lebih panjang, dengan perkembangan teknologi maklumat, model
statik dan model dinamik (model simulasi) ABC boleh dilaksanakan dalam masa
dan dengan kos yang munasabah. Pertimbangan antara ketepatan dan kos
penyediaannya perlu diberi perhatian agar manfaat daripada kaedah ini melebihi
daripada kos yang dikeluarkan. Ketepatan kaedah ABC bergantung kepada
pemilihan faktor-faktor aktiviti, kelompok kos dan pendesak kos. Rajah 1 dapat
memperjelaskan model Pengekosan Berasaskan Aktiviti (ABC) yang boleh digunakan.
Di samping dapat menentukan kos yang tepat kepada produk atau perkhidmatan
yang dibekalkan, kaedah ABC juga dapat menentukan kos terhadap setiap
pelanggan syarikat dan juga setiap saluran pengedaran barangan yang diamalkan
oleh syarikat.


Perbandingan Konsep Pengekosan Tradisional dengan Pengekosan ABC

Secara keseluruhannya konsep pengiraan kos secara tradisional memberi penekanan
kos pasti berdasarkan kuantiti pengeluaran. Perbezaan yang besar boleh berlaku
antara anggaran kos pasti yang diserapkan kepada sesuatu produk berbanding kos
pasti sebenar yang digunakan oleh produk tersebut.

Pengiraan kos berdasarkan model ABC memberi fokus kepada penentuan kos
pasti yang lebih tepat. Model ABC dapat menjadikan kos pasti yang dianggap tetap
oleh kaedah pengekosan tradisional kepada bentuk kos berubah. Aktiviti yang
dilakukan akan menggunakan sumber pasti dan paras aktiviti akan menentukan
paras penggunaan sumber. Dengan menggunakan perkaitan ini, pengurus syarikat
akan mempunyai maklumat yang lebih tepat untuk membuat keputusan strategik
berkaitan kos sesuatu aktiviti dan produk. Prestasi sesuatu aktiviti akan mempengaruhi
faktor kritikal kejayaan sesebuah organisasi perniagaan seperti tahap kualiti, kos, masa
penghantaran, dan servis. Dengan mengurus aktiviti utama dengan cekap, faktor
kritikal kejayaan ini dapat dipelihara dan ditingkatkan. Jadual 1 menunjukkan
perbandingan daripada segi faktor yang menjadi penentu kos (pendesak kos) dalam
pengiraan kos secara tradisional dengan ABC.

Jadual 1 Perbandingan faktor penentu kos bagi kaedah pengekosan tradisional dengan kaedah ABC


Kos pasti Tradisional ABC
Pembuatan produk Jam buruh Bilangan produk
Stor bahan mentah Jam buruh Resit dan Issue
Penyediaan (set up) Jam buruh Bilangan diperlukan


Metodologi Pelaksanaan Kaedah ABC

Terdapat tujuh langkah yang perlu dipatuhi apabila mereka bentuk model pengiraan
kos ABC,:
(i) Mengenal pasti semua aktiviti. Untuk mengenal pasti aktiviti yang terlibat untuk
menghasilkan sesuatu produk, carta proses aliran perlu disediakan.
(ii) Membina lejar akaun yang bersesuaian. Lejar akaun pengeluaran yang dibina perlu
disemak agar kos yang menghasilkan aktiviti yang sama dapat dikumpulkan.
(iii) Mengenal pasti sumber dan kos. Kenal pasti semua sumber yang digunakan
oleh aktiviti dan tentukan kos bagi setiap sumber tersebut.
(iv) Mendefinisikan pendesak sumber (resources driver). Iaitu pengukuran kuantiti atau
peratusan penggunaan sumber oleh aktiviti. Pendesak sumber adalah seperti
luas lantai bagi kos sewa dan kemudahan asas, jam penggunaan bagi susut nilai
peralatan dan kuasa motor bagi penggunaan tenaga elektrik.
(v) Mengklasifikasikan kos kepada kelompok kos. Kos dikumpulkan mengikut kerja
atau tugas yang menggunakan sumber setara.
(vi) Mengenal pasti pendesak aktiviti. Pendesak aktiviti ialah faktor yang
menyebabkan sesuatu aktiviti itu diperlukan oleh sesuatu produk yang menggunakan
aktiviti tersebut. Kadar pendesak aktiviti diperolehi dari jumlah kos
bagi aktiviti tersebut dibahagi dengan jumlah pendesak aktiviti tersebut.
(vii) Mengira kos produk. Kos produk diperolehi dengan menjumlah kos setiap aktiviti
yang dikenakan kepada produk tersebut dan ditambah dengan kos langsung
yang telah dikira.

1 comments
  1. Yu. Mei Har Yee November 17, 2009 at 7:15 AM  

    good...i get some information from here...thank you..