III. Kaedah MDKD(FIFO)

Kaedah MDKD (FIFO) berasaskan kepada andaian bahawa unit-unit yang diproses akan disiapkan terlebih dahulu.

Justeru itu, kos yang mula-mula dilibatkan sepanjang satu tempoh akan direkod untuk melengkapkan unit yang dimulakan dahulu ( kerja dalam proses pada awal tempoh).


Selepas kerja dalam proses disiapkan, kos-kos akan dikira ke atas unit-unit baru yang dimulakan sepanjang tempoh semasa.

Unit-unit dalam proses diasingkan dari pengeluaran baru dan kos-kos bagi dua tempoh (semasa dan masa lepas) juga tidak disatukan sebelum pemindahan akhir pengeluaran sempurna keluar dari sesebuah jabatan.

0 comments